22 August 2010

Saat Menunggu Kematian

Dia memang nampak sempurna dari semua segi. Dikurniakan wajah yang jelita, otak yang cerdas dan dilahirkan dalam keluarga yang berada. Sesiapa saja akan mencemburui nasib Azalea. Tutur kata yang lemah lembut dan tingkah laku yang sopan amat disenangi setiap orang. Azalea memang disenangi, ramah dan tidak sombong dengan kelebihan yang diamiliki.

Gadis itu nampak gembira sekali, bahkan dia bagaikan dicipta untuk hidup gembira saja. Tapi, siapa tahu? Gadis itu gadis yang sedang menunggu saat kematian yang muncul bila-bila masa. Dia di sahkan menghidap penyakit barah hati. Sampai sekarang dia menanti penderma yang sesuai. Tapi, hasilnya masih mengecewakan, sedangkan barah itu semakin menular. Kadang-kadang dia ingin seperti orang lain, biar tidak kaya, biar tidak bijak, biar tidak cantik, asalkan dirinya sihat. Dia menangis keseorangan. Hanya keluarga yang prihatin mendorongnya untuk terus hidup.

Dia takut sekali untuk memejamkan mata, takut lenanya tanpa jaga. Derita yang ditanggung amat menyakitkan. Ada kala dalam gelak air matanya mengalir. Dia takut sekali apabila tiba-tiba lintasan ajal dan dia dijemput menghadap Ilahitanpa sempat menyampaikan pesan kepada insan-insan tersayang.

Saat-saat yang dilalui seakan tiada makna. Dia betul-betul rasa buntu denganarah hidupnya. Di kampus dia menjalani hidup seperti kebiasaan. Dia seorang pelajar yang baik. Dia memang hebat di mata pensyarah-pensyarah dan kawan-kawan. Tapi, tidak bagi Amri, baginya, gadis itu terlalu sempurna. Dia harus mencari kelemahan gadis itu. Dia tidak senang apabila nama gadis itu sentiasa menjadi yang mendahuluinya dalam setiap perkara. Ada dendam yang harus dilangsaikan.

Azalea sendiri tidak mengerti dengan lelaki itu. apa yang dia buat serba tak kena di mata Amri. Dia tidak kenal sangat dengan lelaki itu, tapi dia senang sekali melihat wajah tenang jejaka itu. Tapi dia tidak tahu kenapa lelaki itu sering mahu berdebat dengannya. Ada-ada saja yang hendak dibantah. Wajah lelaki itu tetap tenang, walaupun kata-kata berbisa yang keluar dari mulut itu. Namun dia tahu lelaki itu baik kerana kawan-kawan tidak pernah berkata buruk tentang lelaki itu.

Amri mendapat idea untuk mendekatkan diri pada Azalea. Melalui risikannya daripada beberapa teman gadis itu, gadis itu mudah bersimpati. Dia harus mengambil peluang itu. Gadis itu harus menebus kesalahan ayahnya. Ayah gadis itu telah membunuh ibu bapaku, ayah gadis itu telah menyebabkan ibu bapanya terlibat dalam kemalangan maut.

" Assammualaikum.... Lama dah kita sekelas. Tapi..tak pernah berbualkan?" Amri memberanikan diri menyapa gadis itu. Dia berharap gadis itu sudi memanjangkan bicara. Dia perasan kekagetan wajah itu.

" Tak sudi ke?" Tanya Amri. Azalena terpana.

" Eh! Waalaikummussalam... hmmm..apa awak cakap tadi?" Tanya Azalea separuh sedar. Tidak menyangka lelaki itu akan menyapanya.

"Hmmm...saya cakap. Kita dah lama sekelas. Tapi tak pernah berbual. Boleh kita berbual sekejab? Sebagai kawan." Amri cuba membuatkan gadis itu selesa. Azalea tersenyum, dia membetulkan duduknya. Amri agak terpesona dengan senyuman itu. Betul kata kawan-kawan. Gadis itu memang sangat cantik. Dia cuba menghalau perasaan asing yang cuba menular. Dia mengingatkan diri tentang dendamnya.

" Oh....apa salahnya. Saya ingatkan awak tak suka kat saya." Ucap Azalea berterus terang. Amri sedikit terkejut, tapi dia kembali mengawal perasaannya. Gadis manis bertudung putih di depannya itu sukar sekali dibenci. Dia sudah berusaha untuk membenci, tapi ternyata tidak sedikit pun perasaan benci itu hinggap di hatinya. Yang ada hanyalah perasaan kurang senang dan dendam terhadap bapa Azalea.

" Awak ingat saya tak suka awak ke?" soal Amri. Azalea terdiam sebentar.

" Hmm...memang saya fikir macam tu. Yelah...kita selalu sangat berdebat. Saya minta maaf andai awak terasa." Balas Azalea. Dia meliarkan pandangan disekitar kantin itu. Rohani kawan rapatnya belum jugak muncul.

" Tak adalah.... Bukan saya tak suka. Tapi saya suka dengar awak membalas setiap patah perkara yang kita debatkan. Walaupun berdebat, suara awak tetap lembut. Saya suka dengar awak bercakap." Tanpa sedar Amri meluahkan sedikit rahsia hatinya. Dia tidak dapat menafikan yang dia suka mendengar suara gadis itu, lembut dan bersopan. Wajah Azalea merah.

" Boleh kita jadi kawan?" Tanya Amri melindung gugup. Dia takut sekali niat membalas dendamnya tersasar.

" Boleh..... Panggil saya Alea." Balas Azalea ramah.

" Saya... Amri, awak boleh panggil saya Am. Kalau nak panggil abang Am pun boleh." Amri cuba bergurau. Azalea tergelak. Amri sekali lagi tergamam, manis dan cantik sekali.

" Tak sangka awak ni suka bergurau." Azalea mula menyenangi kehadiran lelaki itu.

" Banyak yang awak tak tau tentang saya tau. Tak kenal maka tak cinta. Mana tau lepas kenal saya awak jatuh cinta. Ops..." Amri menutup mulutnya. Azalea tergelak lagi.

" Tak semudah itu saya jatuh cinta tau." Azalea menegaskan katanya sekadar membalas usikan Amri. Bukan dia tak nak jatuh cinta, tapi dia takut tidak mampu membalas cinta itu kerana hatinya makin lemah.

" Apa? Awak ada kanser? Cakap betul-betul Am, jangan main-main." Azalea terkejut mendengar berita yang disampaikan oleh Amri itu. Sukar dia hendak menerima semua itu menimpa sahabat baiknya. Sejak tiga bulan dulu, Amri menjadi sahabat baiknya. Walaupun masih ligat berdebat, tapi tutur kata tetap dijaga.

" Betul Alea. Dah lama dah saya sakit." Bohong Amri. Azalea sayu melihat wajah Amri, rupa-rupanya bukan aku seorang aje yang menunggu kematian. Dia pun, dia memang seorang yang tabah. Hanya aku yang seakan mengalah dengan penyakit ini.

" Saya tak sangka...awak pun ada penyakit berbahaya." Azalea sebak. Amri menyembunyikan senyuman, dia berjaya memancing simpati Azalea. Dia dapat melihat air mata berlinang di tebing kelopak mata gadis itu.

" Saya pun tak sangka pada mulanya. Tapi, bila doctor bagi tau, saya rasa dunia saya dah musnah. Saya sedih sangat. Awak nak ke berkawan dengan saya? Seorang yang sedang menunggu kematian yang entah tiba-tiba akan datang."Bohong Amri lagi. Azalea mengesat air matanya. Wajah itu ditatap penuh ikhlas.

" Saya akan tetap di sisi awak, walau macam mana pun keadaan awak. Kita sama-sama habiskan sisa hidup yang ada dengan bahagia." Tanpa sedar Azalea melafazkan kata-kata. Amri agak keliru dengan ayat terakhir Azalea. Sisa hidup?Tapi dia malas hendak berfikir panjang. Apa yang dia tahu dia gembira apabila Azalea betul-betul percaya kepadanya.

Azalea menghantar langkah Amri dengan air mata. Dia dapat melihat kepiluan dimata itu. Kita sama-sama menunggu kematian Am. Kita sama-sama akan habiskan sisa hidup bersama. Bisik hati Azalea.

" Kenapa ni nak? Alea sakit ke sayang? " Tanya Datin Naini, ibu kesayangan Azalea. Bawah mata sembab anaknya dipandang dengan hati yang tertanya-tanya. Dia memegang bahu anaknya lembut. Azalea memeluk tubuh kurus ibunya.

" Mak....dia pun macam Alea. Dia pun seorang yang menunggu kematian. Dia pun sakit..." sedu Azalea di bahu itu. Datin Naini tidak mengerti, dia hanya membiarkan anaknya meluahkan dulu apa yang disimpan. Sambil itu tangannya mengusap belakang anaknya dengan penuh sifat keibuan.

" Alea ingat... Alea je yang paling malang. Tapi, rupa-rupanya ada orang lain jugak yang menderita. Tapi dia sungguh tabah. Dia tak pernah nampak patah semangat macam Alea. Alea nak jadi macam dia." Tangis Azalea. Datin Naini menarik tangan anaknya lembut ke sofa. Mereka melabuhkan punggung di situ. Dia mengusap lembut kepala anaknya di pangkuan. Dia ingin tahu siapa gerangan yang diceritakan anaknya. Dia ingin mengucapkan terima kasih pada insan itu.

" Siapa tu nak?" Tanya Datin Naini sebak.

" Am mak... kawan Alea yang Alea cakap dulu. Dia sakit mak, tapi dia tak putus asa. Dia tabah." Beritahu Azalea diiringi esak tangisnya.

" Janganlah menangis sayang... mak nak anak mak tabah macam dia." Ucap Datin Naini. Azalea angguk perlahan, dia masih berbaring manja di pangkuan ibunya. Dia memang manja, biarpun nampak serius, namun keletah manjanya hanya tika dia bersama dengan keluarga kesayangan.

" Awak...awak dah makan ubat?" Amri tersentak dari menungan. Dia menoleh ke arah suara lembut itu. Dia teruja melihat senyuman manis Azalea. Bibirnya kaku untuk bersuara, entah mengapa dadanya berdebar semacam.

" Kenapa awak ni?" Tanya Azalea hairan. Dia mengambil tempat di sisi Amri. Amri diam, dia dapat menghidu wangian yang sering digunakan gadis itu walaupun jarak mereka agak jauh di kerusi panjang itu.

" Am..." panggil Azalea. Amri tersentak lagi.

" Awak... apa awak Tanya tadi?" Amri tersipu mengenangkan kelekaannya tadi. Wajahnya hangat apabila mendengar gelak halus di sisinya. Dia teruja lagi melihat tawa itu, gigi gadis itu tersusun kemas nampak indah bila ketawa.

" Awak berangan ya..." usik Azalea.

" Mana ada..." nafi Amri.

" Eleh...bohong...tadi tu apa? Tak dengar pun soalan saya." Azalea ingin mengusik lagi.

" Tadi tu saya berfikir..." balas Amri sambil tersengih. Azalea tergelak, Amri ikut sama gelak.

" Awak ni ada-ada je.. saya tanya tadi... awak dah makan ubat?" Tanya Azalea prihatin. Amri mengelabah.

" Dah...dah..sebelum ke sini tadi saya dah makan." Bohongnya, walaupun menyedari menipu itu berdosa, tapi dia bertekad untuk meneruskan jugak. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

" Hmmm...baguslah macam tu. Saya tak nak kawan saya sakit." Ucap Azalea. Dia menyatu jari jemarinya. Memang mereka selalu menghabiskan masa disitu, di taman bersebelahan dengan perumahan keluarga Azalea. Adik bongsu Azalea sentiasa menemani mereka, Azirul yang berusia 10 tahun sedang leka bermain buaian.

" Kawan je?" Tanya Amri berani. Giliran Azalea tersentak.

Apa maksud awak?" Tanya Azalea sedikit cuak. Dia takut, takut rahsia hatinya turut diketahui.

" Awak tak pernah ke..sayang kat saya?" Tanya Amri.

" Sayang....saya sayangkan awak sebagai kawan saya." Balas Azalea berpura-pura tenang. Amri tidak putus asa, misinya mesti berjaya.

" Saya nak kahwin dengan awak Alea. Saya tau saya tak layak, tapi saya cintakan awak. Saya nak awak jadi isteri saya." Luah Amri berani. Azalea tergamam. Dia terdiam.

" Alea....bagilah jawapan. Jangan membisu je.." Amri sedikit mendesak.

" Tak boleh Am.. kita tak boleh kahwin." Balas Azalea. Dia takut, saat dia berbahagia nanti dia tidak sampai hati untuk meninggalkan lelaki itu.

" Kenapa tak boleh? Kenapa? Kerana saya dah nak mati? Sebab itu awak tak nak pertaruhkan hidup dengan orang yang berpenyakit macam saya?" tegas Amri. Dia berdiri tegak. Azalea masih membisu. Bukan begitu Am, hatiku memang kuat mencintai kau, tapi... hatiku juga makin lemah untuk menjalankan fungsinya. Jerit hatinya. Tiada siapa tahu perasaannya melainkan yang Maha Esa.

" Tak payah cakap apa-apapun saya tau Alea. Awak memang tak sanggup nak hidup dengan orang yang dah nak mati macam saya." Amri melangkah ingin pergi dari situ. Azalea terpana, pantas tangannya mencapai lengan Amri. Nasib baik Amri menggunakan baju lengan panjang. Perlahan-lahan, Amri berpaling memandang Azalea. Dia terkejut melihat wajah itu sudah basah dengan air mata.Terasa ingin sekali dia mengesat air mata itu, tapi dia sedar batasan mereka. Dia rasa bersalah dengan penipuannya. Azalea turut melepaskan pergelangan tangan Amri.

" Am... awak tak faham. Saya pun gadis yang menunggu kematian. Am... saya tak kuat Am.. saya sayang awak. Tapi... keadaan tidak membenarkan saya menyempurnakan kehendak awak dan saya sendiri. Lagipun kita masih belajar. Am...maafkan saya." Ucap Azalea pantas berlalu meninggalkan Amri. Amri tergamam di situ, dia hanya memandang Azalea melangkah pergi sambil berpegangan tangan dengan Azirul. 'Gadis yang menunggu kematian?' apa maksud dia?

Amri terkejut apabila menerima panggilan daripada ibu Azalea memberitahu ingin berjumpa. Dia menerima pelawaan wanita itu. Seperti yang dipersetujui mereka bertemu di restoran Rasa Sedap. Dari jauh dia melihat wanita yang berusia separuh abad sambil ditemani Azirul, adik Azalea.

" Assalammualaikum mak cik..." sapa Amri.

" Waalaikummussalam.... Duduk Am.." balas Datin Naini sambil tersenyum ramah. Amri melabuhkan punggung sambil menundukkan sedikit kepala sebagai tanda hormat. Amri hanya memesan air tembikai, dia tidak berselera untuk makan. Dia hanya hendak mengetahui tujuan ibu Azalea itu menemuinya.

" Begini Am... Mak cik dapat tau Am dah melamar Alea untuk jadi isteri. Betulke? Am serius?" Tanya Datin Naini. Amri telan air liur." Betul mak cik. Saya memang nak dia jadi isteri saya. Saya tau saya tak layak, tapi saya sayang dia mak cik. Berilah saya peluang makcik." Ucap Amri berani. Datin Naini mengangguk-anggukkan kepala beberapa kali. Pesanan air tembikai Amri sudah sampai, Amri meneguk air beberapa kali. Terasa kering tekaknya.

" Tahu kenapa Alea menolak?" Tanya Datin Naini lagi. Amri menggelengkan kepala.

" Am... makcik memang tak halang kalau korang nak kahwin. Family kami okey.. cuma Alea. Dia rasa dia tak mampu bahagiakan Am nanti. Dia pun macam Am, dia sakit jugak Am. Selama ni dia pinjam semangat Am untuk teruskan hidup. Makcik pun nak ucapkan terima kasih kerana Am telah pulihkan semangat dia untuk hidup." Amri terpana mendengar kata-kata Datin Naini. Alea sakit? Sakit apa?

" Apa maksud mak cik?" Tanya Amri dengan debaran.

" Dia dah lama menghidap barah hati Am. Mak cik tau, memang dia tak pernah cakap kat kawan-kawan dia sebab dia tak nak orang susah hati. Tapi mak cik harap Am pun sudi terima dia." Amri tersandar di kerusi mendengar kenyataan itu. 'kita sama-sama habiskan sisa hidup kita'. 'saya gadis yang menunggu kematian'. Bagaikan terngiang-ngiang kata-kata Azalea dulu. Dia rasa bersalah sangat.

" Am tak tau mak cik... tapi... izinkan saya ambik dia sebagai isteri saya." Kali ini Amri benar-benar bertekad. Dia ikhlas untuk memperisterikan gadis itu, bukan untuk melunaskan dendamnya.

" Mak cik sentiasa merestui Am. Mak cik izinkan." Balas Datin Naini sebak. Dia ingin anaknya bahagia.

" Tapi....ada perkara saya nak terus terang kat mak cik. Saya harap makcik maafkan saya. Tentang perasaan saya terhadap Alea, saya tak tipu, saya memang cintakan dia." Amri ingin berterus terang. Datin Naini angguk. Amri menceritakan segalanya. Bermula dari rancangannya pada mulanya hendak membalas dendam, menjadi kawan kepada Azalea dan akhirnya jatuh cinta. Berkali-kali dia berjanji akan membahagiakan Azalea sebelum Datin Naini benar-benar yakin.

......................................................................................

" Saya cintakan awak.... banyak..." lafaz Amri ketika dia bersantai bersama isteri kesayangan di koridor chalet. Sudah 2 minggu mereka bergelar suami isteri, dan 3 hari yang lalu mereka sampai di situ untuk berbulan madu.

" Saya cintakan diri saya sendiri..." terbeliak mata Amri mendengar kata-kata isterinya. Dia memasamkan wajah melihat wajah nakal isterinya mengusik. Pantas dia menyambar tubuh isterinya. Azalea terjerit.

" Lepaslah...." Azalea menjerit kecil, dia memukul-mukul kecil lengan suaminya yang kemas dipinggangnya. Pelukan itu semakin erat, akhirnya dia hanya membiarkan tangan itu menyulami pinggangnya. Dia mencari wajah suaminya dibelakangnya.

" Alea cintakan abang tak?" Tanya Amri manja. Dia membelai rambut Azalea, sudah lama dia mengangankan untuk membelai rambut itu, akhirnya setelah menjadi suami isteri dia dapat jugak merasa nikmat itu. Hanya dia yang berhak berbuat begitu, hanya dia, kerana isterinya itu tidak akan membenarkan rambut itu dilihat lelaki bukan halal.

" Alea....cintakan diri sendiri aje...." Balas Alea lagi. Amri memuncungkan mulut.

" Malam ni abang tinggalkan Alea tidur sorang-sorang je. Biar Alea kena gigit hantu." Usik Amri. Azalea tertawa. Dia melentokkan kepala manja dibahu suami tercinta. Dia mengusap pipi Amri, Amri suka sekali dengan tingkahmanja Azalea. Bukan dibuat-buat, tapi spontan. Dia sendiri pun tidak menyangka gadis yang nampak serius seorang yang manja.

" Perlu ke Alea nak ucap yang Alea cintakan abang? Abang dah jadi sebahagian dari diri Alea, jadi... Alea cintakan abang seperti cinta pada diri sendiri. Alea cintakan abang kerana cinta abang terhadap yang Maha Esa. Alea cintakan abang kerana ketaqwaan abang terhadap Allah. Alea sentiasa berdoa agar cinta kita terhadap Allah melebihi cinta kita terhadap diri sendiri." LuahAzalea.

" Terima kasih kerana jadi isteri abang." Ucap Amri. Azalea hanya tersenyum sambil mengucup tangan suaminya. Amri insaf mendengar kata-kata isterinya. Dia begitu bersyukur bertemu jodoh dengan Azalea. Dia masih ingat betapa payah dia hendak meyakinkan Azalea menerimanya dulu. Dia masih ingat esak tangis gadis memberitahu yang dia gadis yang menunggu kematian.

" Abang... Alea rasa tak sihat..." adu Azalea selepas mereka solat subuh berjemaah pagi itu. Amri pantas meraba dahi isterinya. Dia risau apabila merasa kehangatan di situ.

" Alea dah makan ubat?" Tanya Amri.

" Dah..." balas Azalea. Amri menarik tangan isterinya lembut dan membaringkan tubuh itu ke tilam.

" Meh sini abang picit ye.... Pukul 9 nanti abang bawa pergi klinik."Amri memicit lembut dahi isteri tercinta.

" Kita kan ada kuliah nanti." Balas Azalea.

" Alah....kita ponteng sekali ni aje. Lagipun Alea tak sihat, nanti minta MC dari doctor." Ucap Amri, jemarinya masih memicit lembut dahi itu. Lagipun hanya tinggal sebulan lagi mereka menjadi pelajar.

" Alea je yang dapat MC tau.." Azalea tergelak. Amri turut tergelak. Azalea memejamkan mata mengusir rasa pening. Dia akhirnya terlelap.

Selepas menjalankan pemeriksaan Azalea duduk di sisi suaminya di depan meja doctor. Doctor Nur tersenyum pada pasangan suami isteri muda itu. Dia membelek kertas di tangannya

" Tahniah... you berdua bakal jadi ibu dan ayah." Doctor Nur menghulurkan tangan pada Azalea. Teragak-agak Azalea menyambut, dia tergamam. Amri di sebelah bagaikan hendak menjerit kegembiraan. Wajahnya berseri.

" Berapa bulan doctor?" Tanya Amri gembira, tangan isterinya digengam erat.

" Baru masuk lapan minggu. Hmm...jaga wife you baik-baik tau.Lagipun..kesihatan dia pun tak berapa baik jugak." Pesan doctor Nur. Azalea hanya terdiam.

Azalea hanya membisu sejak dari tadi. Tidak sepatah pun bersuara, Amri perasan perubahan isterinya.

" Kenapa ni sayang? Alea tak bahagia, tak lama lagi kita akan jadi ayah dan ibu?" Tanya Amri sebaik mereka keluar dari bilik doctor Nur.

" Abang...abang tak ingat ke keadaan kita? Kita mungkin tak dapat hidup lama bang....macam mana dengan anak kita nanti? Mereka akan kehilangan kita. Ataupun...Alea akan pergi sebelum sempat melahirkan baby ni.." luah Azalea. Dia mengusap perutnya yang masih kempis. Ibu sayangkan baby... maafkan ibu...

Amri memeluk isterinya. Dia mengerti kenapa isterinya begitu.

" Alea kena ingat... Allah yang menentukan segalanya. Allah memang nak bagi baby ni untuk kita sebagai bukti cinta kita." Pujuk Amri. Azalea hanya angguk.

" Kita berserah pada Allah...kita jangan terlalu cepat berputus asa. Alea kena jaga diri dan baby tau. Terima kasih kerana kandungkan zuriat abang.... Abang cintakan Alea." Ucap Amri.

" I love you too."

" I love you three.." balas Amri nakal. Azalea tergelak bahagia.

" Syukurlah.... Alea nampak sihat je.." Datin Naini tersenyum bahagia melihat anaknya yang sedang sarat mengandung dengan jubah konvokesyen. Mereka bergambar kenang-kenangan bersama keluarga dan kawan-kawan. Teruk jugak Amri dan Azalea di usik teman-teman yang nakal.

Datin Naini memimpin tangan Azalea duduk di bangku panjang. Amri mengambil gambar isterinya berkali-kali.

" Mak...jaga anak Alea nanti ye... kalau Alea tak sempat tengok dia besar. Mak kena tolong abang Am jagakan anak kami. Mak bawakan dia lawat Alea nanti. Mak kena janji ya... mak kena cakap kat anak kami, yang Alea sangat sayangkan mereka." Datin Naini terpana mendengar permintaan anaknya. Dia menangis memeluk anaknya.

" Jangan cakap macam tu nak... kita jaga sama-sama." Balas Datin Naini.Datuk Azrul dan Amri yang memandang kelakuan dua beranak itu menahan sebak.Tiada lagi dendam Amri terhadap Datuk Azrul kerana rupa-rupanya Datuk Azrul telah menebus kesalahan dengan menanggung segala perbelanjaannya dulu. Dia pun baru tahu setelah mak usunya menceritakan hal sebenar. Lagipun menurut makusunya, kemalangan itu memang tidak disengajakan.

" Cakap kat abang Am... kalau anak-anak ni kembar perempuan namakan dia Alia Balqis dan Anisa Balqis. Dan kalau dua-dua lelaki Arief Amsyar dan Arief Ammar." Pesan Azalea lagi. Datin Naini gagal bersuara kerana menahan tangis. Datuk Azrul dan Amri menghampiri mereka.

" Kenapa ni?" Tanya Datuk Azrul lembut, penuh dengan naluri kebapaan.

" Tak ada apa-apa abah...." Balas Azalea.

Amri menghampiri katil yang menempatkan tubuh isterinya. Wajah pucat itudi pandang dengan rasa cinta yang tak berbelah bagi. Tangan itu dikucup penuh kasih sayang. Ibu kepada sepasang anak kembarnya itu masih nampak cantik walaupun terlantar di situ.

" Abang..... Arief dengan Balqis mana?" Tanya Azalea. Amri duduk disisi katil, dahi itu dikucup lama.

" Mereka kat dalam bilik baby. Terima kasih sayang...anak-anak kita comel.Muka sebijik macam ibu mereka." Amri tersenyum manis.

" Abang.... Alea nak tengok Arief dengan Balqis... boleh abang bawa kesini?" pohon Azalea penuh berharap. Amri angguk, pantas berlalu ke bilik bayi. Dia kembali ke situ bersama ibu bapa Azalea yang mendukung anak-anaknya. Amri membantu Azalea duduk dan menyandarkan tubuh isterinya ke dadanya. Mereka menyambut anak-anak mereka dari ibu bapa Azalea.

" Anak ibu...." Bisik Azalea pada dua bayi di depannya. Balqis dipangkuannya dan Arief di pangkuan suaminya. Datuk Azrul dan Datin Naini meninggalkan pasangan itu. Azalea tertawa melihat wajah comel anak-anaknya. Selepas itu Arief pulak beralih ke pangkuannya, Balqis diserahkan kepada Amri. Wajah Arief dan Balqis dicium bertalu-talu tanpa jemu.

" Abang jaga anak kita tau. Alea tak mampu nak tengok anak-anak kita membesar. Alea tau mereka selamat di sisi ayah mereka. Kalau abang nak cari suri lain untuk ganti Alea pun, Alea tak kisah bang. Alea rasa, Alea tak mampu nak jaga abang dengan anak-anak." pesan Azalea. Amri sebak.

" Alea..abang ada rahsia nak cakap. Abang sebenarnya..tak"

" Tak sakit kan?" teka Azalea. Amri tergamam, macam mana Alea tahu?

" Macam mana... Alea.. tau?"

" Alea tak pernah tengok abang makan ubat sejak kita jadi suami isteri." Balas Azalea.

" Maafkan abang sayang. Abang terlalu cintakan Alea. Dulu memang abang nak berterus terang, tapi abang takut Alea tak terima abang. Mak pun tak bagi abang cakap kat Alea." Pohon Amri. Ubun-ubun isterinya dikucup.

" Alea tak kisah bang. Alea tak salahkan abang. Abang telah bahagiakan Alea sepanjang kita jadi suami isteri. Abang kena janji akan jaga anak kita baik-baik tau. Alea cintakan abang..." ucap Azalea. Air mata Amri mengalir.

..........................................................................................

" Ayah...." Amri tersentak mendengar suara anak gadisnya memanggilnya. Selepas itu dia terasa tubuhnya dipeluk erat oleh jejaka di sebelah. Kemudian gadis yang seiras arwah isterinya memeluknya.

" Ayah....jom kita balik. Esok kita pergi ziarah pusara ibu lagi." ajak suara garau anak terunanya. Mereka bertiga berjalan berpelukan menuju ke kereta. Amri menoleh ke pusara arwah isterinya. Selamat tinggal sayang.... semoga Alea ditempatkan di kalangan muslimin muslimah yang soleh. Kau lah isteriku yang solehah. Tak jemu melayan kerenah suamimu ini dan sudi melahirkan zuariat suamimu ini.

Amri duduk di tempat bersebelahan pemandu. Arief Amsyar yang telah berusia 23tahun memandu, Alia Balqis duduk di tempat duduk belakang. Amri sentiasa memperkenalkan anak-anaknya kepada kemurnian perketi arwah ibu mereka. Dia boleh berbangga kini, kerana anak-anaknya membesar menjadi anak-anak yang taat dan berjaya dalam pelajaran.

Amri menatap gambar wajah isteri yang amat dirindui yang amat dia kasihi...

Sayang.... anak-anak kita dah besar... mereka anak yang baik. Seperti ibu mereka. Abang tak pernah menduakan kasih Alea kerana tidak ada wanita lain yang layak menjadi isteri abang dan ibu kepada anak-anak kita selain Alea. Abang rindukan Alea. Abang tak pernah lupa mencintai Allah melebihi cinta terhadap makhluk ciptaan-Nya. Abang selalu bersyukur kerana Allah telah mengurniakan Alea untuk abang cintai.

" Ayah....Balqis rindukan arwah ibu.." sebak Balqis bersuara. Amri menoleh ke belakang, wajah kerinduan itu direnung. Selepas itu dia berpaling ke sebelah, seperti Balqis, wajah Arief jugak sarat dengan kerinduan terhadap arwah ibu yang tidak sempat membesarkan mereka. Azalea pergi selepas seminggu melahirkan mereka. Amri masih ingat hari terakhir isterinya bersama mereka. Dia dapat merasakan sesuatu melihat cara renungan Azalea. Azalea sempat memohon maaf dan memintanya menghalalkan segalanya. Hari itu memang aneh, Arief dan Balqis yang baru berusia seminggu masa itu tidak banyak kerenah.

Tersenyum dan tergelak suka apabila dibelai Azalea. Azalea menyandar di dada Amri sambil memeluk anak-anaknya erat. Amri sempat mendengar bisikan syahadah sebelum dada isterinya tidak lagi berombak. Arief dan Balqis tiba-tiba menangis. Dia sendiri masa itu hanya mampu memeluk isterinya erat bersama anak-anak mereka. Dia hanya melepaskan isterinya apabila abah Azalea menariknya perlahan. Air matanya berlinang, dibiar lepas. Anak-anaknya beralih ke dalam pelukan seorang jururawat dan emak Azalea. Dia merebahkan tubuh isterinya kekatil dengan hati-hati. Dia mengucup dahi isterinya. Dia dapat mengesan bekas air mata dipipi isterinya. Dia tahu, terlalu berat hati isterinya meninggalkannya bersama anak-anak yang masih terlalu kecil.

" Mesti arwah ibu pun rindukan kitakan ayah." Celah Arief.

" Percayalah sayang.... Arwah ibu jugak rindukan kamu berdua. Arwah ibu seorang yang penyayang. Nanti kita akan berkumpul bersama. Jadilah anak yang soleh." Pesan Amri. Arief dan Balqis angguk.

" Kami janji, kami akan jadi anak yang baik ayah.. kami sentiasa berdoa untuk kesejahteraan ayah dan arwah ibu." Ucap Arief. Amri amat bangga dengan sikap tanggungjawab anak terunanya itu.

" Arief nanti jaga adik tau. Nek usu, Tok abah dengan tok mak pun kena jaga tau. Dengar cakap mereka. " Pesan Amri. Dia rasa mengantuk yang amat sangat.

" Ya Allah... hanya Kau berhak disembah. Nabi Muhammad pesuruh Allah." Bisiknya sebelum memejam mata.

Arief Amsyar memeluk bahu Alia Balqis memandang pusara arwah ibu dan arwah ayahnya. Doa dikirim untuk insan-insan kesayangan itu. Mereka redha pemergian arwah ayahnya sudah ditakdirkan. Arwah ayahnya pergi kerana seruan Ilahi dan rindu kepada arwah ibu. 'Ya Allah ya Tuhanku, tempatkanlah ayah dan ibu kami di kalangan muslimin muslimah yang soleh. Ayah.. kami membesar dalam dakapan kasih sayangmu, ibu... kami hidup di bawah naungan kasihmu. Terima kasih kerana melahirkan kami. Kami bersyukur menjadi anak-anak kalian.' Bisik pasangan kembar itu.

Sekian.

Nafas Terakhir Di Bulan Ramadan

Hujan renyai-renyai di pagi itu membuatkan Shila berlari-lari anak pulang ke rumahnya. Memang menjadi kebiasaan Shila untuk bersiar-siar ditaman di hadapan rumahnya mencari tenang di hati seusai solat subuh. Shila kini bukan lagi seperti Shila yang dulu. Baru beberapa bulan Shila tekad menjalani kehidupan sebagai muslim sepenuh masa. Sebelum ini Shila tidak kenal erti solat. Telekung untuk solat pun berhabuk dalam almari rumahnya. Terakhir dia menyentuh telekung itu adalah saat-saat dia diijab kabul dengan suaminya 4 tahun lalu. Itupun telekung itu hanya menjadi hantaran perkahwinan semata-mata. Dan beberapa bulan lepas, Shila tekad 'menyentuh' kembali telekung yang disimpan rapi dalam almari rumahnya.

Hatinya sayu. Sampai dirumah, Shila lantas membuka peti sejuk rumahnya dan mencapai air mineral sebagai penghilang dahaga. Saat-saat menuang air ke dalam gelas, matanya terpandang kalendar didinding rumahnya.

" Hari ini 23 Sya'ban." Monolog hatinya.

" Maknanya lagi 7 hari la nak masuk Ramadhan." Hati kecil wanita itu sambung bermonolog.

Tiba- tiba hatinya menjadi semakin sayu. Bimbang adakah masih ada harapan untuk dia bernafas di 1 Ramadhan kali ini. Orang lain mungkin punya sebab tersendiri mengapa tidak sabar menanti Ramadhan saban tahun. Namun bagi Shila, dia mungkin satu antara seribu muslim yang punya alasan tersendiri mengapa hati sayu menanti Ramadhan kali ini. Ramadhan kali ini paling dinanti Shila kerana ini Ramadhan pertama yang mungkin akan memberi makna kepada Shila.

Ramadhan Shila dulu..............

Dulu Shila macam tak pernah melalui Ramadhan. Dibesarkan dalam keluarga yang berada dan menjalani kehidupan bersama keluarga di negara barat membuatkan kehidupannya tidak ubah seperti kehidupan masyarakat kulit putih disana. Entah bila Ramadhan, entah bila pula Syawalnya tidak pernah dia ambil kisah. Nak menjalani ibadah puasa, jauh sekali. Dalam sehari arak pun tidak boleh lekang dari diteguknya. Ahli keluarga pun tidak ada yang puasa, malah daddy Shila sebagai ketua keluarga pun tidak pernah ajar cara berpuasa.

Malah, Shila juga pernah mencabar rakan islamnya yang berpuasa dengan makan didepan mereka tanpa rasa bersalah.

Suami Shila..........

Shila nekad mengahwini teman lelakinya. Namun kehidupan Shila nyata tiada perubahannya lantaran suaminya juga kaki mabuk, kaki wanita dan tiada masa membimbing isteri ke jalan yang benar. Masuk Islam pun sebab mahu berkahwin dengan Shila. Gaya hidup tetap sama dengan masyarakat kulit putih disekeliling mereka.

Takdir meletakkan mereka hanya boleh bersama selama setahun kerana suaminya meninggal dunia akibat mengambil dadah berlebihan.

Solat Shila......

Shila tahu apa itu solat. Malah seringkali melihat rakan Islamnya berjemaah di universiti tempat dia belajar. Namun tidak pernah pula Shila cuba melaksanakan amalan wajib bagi umat Islam itu. Kadang-kadang Shila hairan melihat rakan islamnya yang tenang saja saat masalah melanda. Musim-musim peperiksaan juga dilalui dengan tenang sedangkan Shila, masih lagi terkontang kanting minum arak setiap malam musim peperiksaan akibat tekanan yang dirasakan. Baginya tiadalah yang boleh menghilangkan tekanan melainkan diteguk air haram itu.

Suatu malam, Shila bertanya kepada rakan islamnya, Aida ( bukan nama sebenar);

" Mengapa saya lihat kamu tenang sahaja walaupun esok kita ada exam yang semua orang tahu susah." Tanya Shila dalam bahasa Melayu walaupun bahasa melayunya sudah tidak seperti orang-orang melayu lain.

" Bertenang saja hadapi kehidupan. Kerana kita ada tempat mengadu. Waktu belajar kita belajar bersungguh-sungguh. Waktu beribadat, kita beribadat bersungguh-sungguh. InsyaAllah Shila, kita kan ada tempat mengadu. Dia sentiasa setia mendengar doa rintihan kita" Jawab.

" Siapa dia?" Shila mula kehairanan.

" Allah s.w.t." Kata Aida sambil menutup naskhah al-quran yang sedang dibacanya.

" Siapa tu? Tak kenal pun." Tanya Shila lagi.

" Tak kenal?." Aida bertanya kembali dengan riak sedikit terkejut diwajahnya.

Memang agak mengejutkan wanita Islam berusia 20-an tidak mengenal Allah s.w.t. Tapi itulah hakikat kehidupan Shila. Bukan salah diri yang tidak tahu, mungkin ibubapa Shila tidak pernah mengajar Shila tentang itu. Sememangnya sedih apabila Shila ditakdirkan membesar dalam keluarga yang longgar pegangan agamanya. Ayahnya orang melayu, memilih berkahwin dengan wanita yang berlainan bangsa dan agama. Malah, selepas berkahwin, ayahnya pula hanyut dan terikut-ikut budaya ibunya. Membuatkan ayahnya lupa tentang solat, puasa, zakat, apatah lagi ibadah haji.

"Allah itu Pencipta kita. Kalau Allah tidak mengizinkan kita hidup dimuka bumi ini, tiadalah kita disini. Dan kalau awak baca dan faham isi kandungan al-quran. Segalanya terasa mudah apabila kita menjalani kehidupan berteraskan kitab suci ini." Terang Aida sambil menunjukkan naskhah al-quran yang dipegangnya.

Shila tertunduk. Berfikir sejenak. Mungkin dia bicara dalam hatinya.

" Kalau saya ada masalah, saya pun ada cara saya untuk tenang. Saya minum arak. Lepas tu rasa semuanya hilang. Saya dalam dunia saya." Kata Shila.

" Lepas minum air tu, adakah masalah awak hilang dan selesai?" Aida menguji.

" Hilang sekejap. Bila saya bangun esok pagi, saya kembali berfikir tentang masalah itu. Maknanya masalah saya tak selesai pun sebenarnya." Shila menjawab sambil membelek-belek telekung yang dipakai Aida.

"Kalau cara saya ini. Masalah selesai dan hati pun tenang. Sebab saya mengadu kepada pencipta kita, Allah. Allah yang mencipta kita. Dia tahu semuanya pasal kita. Allah tahu apa yang kita mampu hadapi. Allah tahu juga apa yang kita tak mampu hadapi. Sebab itulah, bila mana sesuatu berlaku kepada saya, saya rasa Allah menguji saya kerana saya mampu." Kata Aida lagi.

Perbualan malam itu berakhir disitu. Ada sesuatu yang melekat dalam hati Shila. Sejak itu Shila sering berdamping dengan Aida. Kagum benar dia dengan wanita islam bernama Aida itu. Pakaiannya menutup aurat. Gaya percakapannya lemah lembut. Alunan bacaan al-qurannya sedap didengar. Solatnya penuh teratur dan dilakukan seusai masuk saja waktu solat. Segalanya dilalui dengan tenang. Saat-saat rakan lain tertekan belajar diwaktu peperiksaan, Aida masih kelihatan tenang. Waktu belajar dia belajar, waktu solat tidak pernah sekalipun diabaikan. Dan yang nyata, Aida sering mendapat keputusan yang amat baik dalam peperiksaan. Itu menambahkan lagi keyakinan Shila untuk mendampingi insan bernama Aida ini.

Satu persatu hukum Islam dipelajari. Shila banyak belajar dari Aida. Belajar tentang apa erti kalimah syahadah. Apa erti dia lahir sebagai Islam. Apa erti solat. Apa erti berdoa. Aida nyata gembira dengan perkembangan Shila. Walaupun Shila terpaksa belajar mengaji bermula dengan membaca iqra', namun bacaannya seringkali menunjukkan peningkatan. Aida pua tidak pernah rasa jemu mengajar Shila kembali mengenal fitrah manusia dan mngajak Shila menjalani kehidupan bertuhan....

3 januari 2009 merupakan hari paling bermakna dalam kehidupan Shila apabila dia bertekad menjalani kehidupan sebagai muslimah sejati. Tiada lagi warna dirambutnya. Kini rambut itu tertutup rapi dengan tudung-tudung yang baru dibelinya. Telekung yang berhabuk dalam almarinya kini tidak lagi terlipat kemas dalam almarinya. Kini telekung itu yang disarung lima kali sehari. Kini telekung itu yang disarungnya saat diri tertekan tandanya kini apa jua masalah yang dihadapinya, segalanya diadukan kepada Allah dalam sujudnya.

Shila bertekad pulang ke Malaysia selepas tamat pengajiannya di US. Kini, Shila hidup sendirian. Namun tidak pernah pula dirasakan sunyi kerana dia ada Allah yang sentiasa bersamanya. Bulan berganti bulan, kini shila menghitung hari menanti detik datangnya Ramadhan. Kerana dia rindu untuk berpuasa dibulan mulia itu. Dia tidak sabar memulakan ibadah puasa yang sebenarnya. Dia tidak sabar untuk bersahur, berbuka puasa, solat terawih seperti yang diajarkan oleh Aida suatu ketika dahulu. Dia tidak sabar lagi merasakan nikmatnya menahan nafsu dari melakukan perkara-perkara yang biasa dilakukan.

Laungan azan dari masjid disebelah rumah Shila mengejutkan Shila dari lamunan panjangnya. Sudah zohor rupanya. Lantas Shila mempersiapkan diri dan bergerak menuju ke masjid. Itulah Shila sekarang. Walaupun bertugas sebagai akauntan di sebuah syarikat korporat dan punya gaji lumayan, namun apa yang dirasakan adalah semua itu tidak mampu dikecapi tanpa izin Allah s.w.t. Shila nekad membeli rumah berhampiran masjid untuk memudahkan urusan ibadahnya dijalankan di masjid itu. Dan baginya laungan azan yang didengari saban waktu itu juga menjadi motivasi untuknya mengingat waktu—waktu untuk tunduk menghadap Pencipta.

Masa terus berlalu. Dan kini sudah 29 Sya'ban. Walaupun sebelum ini sudah berkali-kali melatih diri berpusa, menggantikan puasa-puasa yang ditinggalkan semasa zaman jahiliahnya, namun ia tidak akan sama dengan nikmat berpuasa di bulan Ramadhan.

" Esok puasa. Kalau ajak Aida iftar dirumah elok juga ni ." Shila bermonolog lagi dan mencapai kunci kereta Nissan Murano miliknya dan menuju ke supermarket untuk membeli keperluan bersahur dan berbuka puasa.

Takdir mengizinkan Shila melalui terawih pertama dan nikmat bersahur di malam pertama Ramadhan. Dan Shila juga gembira berbuka puasa bersama Aida.

" Siap-siap la, nanti kita nak pergi solat isyak dan terawih di masjid sebelah." Kata Shila seusai mereka solat maghrib berjemaah di rumah Shila.

" Elok juga tu, jom Shila." Kata Aida sambil melipat telekung dan memasukkannya ke dalam beg.

" Aida, sebenarnya saya gembira sangat dapat rasai nikmat sebenar berpuasa di bulan Ramadhan. Kalau saya mati sekarang pun mungkin boleh tersenyum sebab impian bernafas di satu Ramadhan dimakbulkan Allah. Dan yang lebih mengembirakan saya, hari ini saya dapat berbuka puasa dengan sahabat yang amat saya sayang." Kata Shila ketika dia melipat telekungnya.

" Jangan cakap macam tu. InsyaAllah bertemu lagi Ramadhan tahun depan." Aida mengusap-usap kepala Shila.

" Saya masuk bilik kejap ambil al-quran saya ye." Kata Shila sambil melangkah ke biliknya.

Tiba-tiba kedengaran bunyi kuat dari dalam bilik Shila. Aida terus berlari melihat apa yang sedang berlaku. Lemah longlai lutut Aida saat-saat melihat badan Shila terbujur dengan darah keluar dari hidung dan telinganya. Apakah lagi yang mampu dilakukan selain berdoa memohon ditenangkan hatinya menghadapi situasi itu. Lantas tangan Aida mencapai telefon bimbitnya dan membuat panggilan kecemasan ke hospital.

Dan lemah longlai sekali lagi badan Aida saat-saat melihat doktor keluar dari bilik pembedahan dan jururawat di belakang sedang menarik kain menutup muka Shila yang terbaring di katil. Apakah sudah tiba saat-saat yang paling tidak diingini dalam hidupnya. Aida tunduk beristighfar bimbang air mata yang turun ke pipi itu adalah air mata yang tidak redha dengan pemergian rakan baiknya itu.

" Kawan saya sakit apa doktor?" Aida bertanya ingin tahu.

" Kawan awak tak ada cerita apa-apa ke pasal penyakit dia?" Doktor tanya Aida kembali.

" Tak ada pula." Jawab Aida ringkas.

" Sebenarnya jantung kawan awak sudah lama lemah berfungsi kerana kandungan alkohol yang berlebihan dalam jantung. Mungkin dia terlebih mengambil alkohol diusia muda menyebabkan jantungnya menjadi lemah. Mengikut jangkaan, dia hanya mampu hidup sehingga minggu lepas sahaja tetapi Allah masih memanjangkan usianya hingga ke hari ini." Terang doktor itu panjang lebar.

" Subhanallah. Mungkin Allah ingin pertemukan Shila dengan Ramadhan. Shila kuat berdoa supaya disampaikan kepada Ramadhan. Mungkin satu hari di bulan Ramadhan yang Shila lalui ini sudah cukup bermakna buat dirinya." Aida bermonolog.

Yang mesti diterima dengan redha sekarang, Shila hanya diizinkan bernafas selama 29 tahun saja dalam hidupnya. Shila hanya mampu melalui sekali sahaja nikmat bersahur, menahan lapar, berbuka puasa dan nikmat berterawih. mungkin tahun 2009 itulah kali pertama dan terakhir Shila merasai nikmat Ramadhan yang sebenar.

Moral:

Ajal maut tidak mengenal usia.. segala perbuatan kita ada pembalasannya. Jika baik maka baiklah balasannya dan begitu juga sebaliknya. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba Allah yang ingin benar-benar bertaubat.

Sabda Rasullah s.a.w:

"Apabila tibanya Ramadan dibukakan pintu-pintu syurga, maka tertutuplah pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan dibelenggu"

(hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Keterangan ayat:

Apa yang dimaksudkan dalam hadis di atas dengan "pintu-pintu syurga dibuka" pada bulan ini ialah tawaran ganjaran yang berlipat kali ganda bagi mereka yang beribadah sebagai galakan agar sentiasa meningkatkan amalan di dalam bulan Ramadan. Maksud "pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan dibelenggu" adalah kerana naluri keinginan syahwat bagi mereka yang beriman akan berkurangan dan menyebabkan maksiat di kalangan mereka pun berkurangan kerana syaitan tidak mampu menghasut mereka. Ini menjadi pendinding dari dihumbankan ke dalam api neraka.

SEMOGA SEPANJANG HAYAT INI KITA SENTIASA DIPERTEMUKAN DENGAN RAMADHAN.

Jangan Tinggalkan Aku Ramadan

Najwa melangkah longlai menuju ke kampus. Bukan kerana penat tubuhnya, tetapi terasa jiwanya ada sesuatu yang tidak kena. Najwa terasakan dirinya ibarat belon yang tak cukup udara, tekanan atmosfera luar yang lebih tinggi memenyekkan belon itu. Ramadhan telah berlalu, separuh daripadanya. Najwa mengkontemplasi saat-saat lepas di dalam Ramadhannya kali ini, apakah yang telah dicapainya. Ditakdirkan Allah, assignment di universiti sangatlah banyak, yang kadang-kadang dia tidak mampu untuk iltizam dengan tilawah Al-Quran 1 juzuk sehari. Mahu ingin berlama-lama di atas sejadah, tetapi discussion di sana sini. MP3 player berisi bacaan ayat-ayat Al Quran oleh Sheikh Mishari al Efasy menjadi peneman jiwanya yang terasa kosong.

"Ya Allah, jangan jadikan aku orang yang mensia-siakan bulan barakah ini..." Najwa mengeluh sendirian.

Penat juga dia mengenangkan, kenapa pula kelopak matanya tersangat kering. Dia juga letih mengenangkan, kenapa apabila dia membaca kalamullah tidak tersentuh jiwanya. Najwa teringat surah Al Anfal ayat 2:

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah apabila disebut nama Allah, bergementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan mereka sahajalah mereka bertawakal."

Najwa mengulangi doa yang diajarkan Rasulullah SAW.

"Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan. Jangan tinggalkan aku sendirian walau dengan kadar sekelip mata. Perbetulkan segala urusanku. Laa ilaha illa anta (Tiada Tuhan selain engkau)" Riwayat Abu Dawud, Ahmad.

Najwa singgah duduk di satu "bench" di bawah pokok. Musim bunga kali ini dirasakan tidak membunga-bungakan iman di dalam hatinya.

"Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan". Dalam Najwa mengulangi doanya itu, tiba-tiba terdetik di dalam hatinya: Benar-benarkah hanya rahmat Allah yang dia harapkan?

Benarkah hanya kepada Allah dia berharap, benarkah dia berharap Allah mengiringinya di dalam setiap urusannya?

Najwa teringat suatu peristiwa, semasa Najwa mengajak beberapa juniornya untuk mengikuti halaqah mingguan. Dia terasa sangat "excited" kerana nampak wajah-wajah baru yang ingin mendekatkan diri kepada Allah. Pada hari tersebut, Najwa dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan tazkirah. Usai tazkirah tersebut, Siti, salah seorang juniornya berkata kepadanya, "Best la tazkirah kak Najwa..."

Najwa terasakan dadanya kembang keseronokan.

Najwa tersentak... Kelopak bunga spesis Rhododendron berterbangan ditiup angin.

"Oh...di situlah silapnya...Benarkah aku hanya mengharapkan rahmat Allah dari amal yang aku perbuatkan? Rupa-rupanya, aku masih seronok dengan pujian. Sedangkan aku tak tahu, sama ada amal itu masih diterima Allah atau tidak...Ya Allah, benar-benar kali ini.. Hanya rahmat Engkau sahaja yang aku harapkan...Lebih baik sekiranya manusia benci aku atas usaha aku, asalkan Engkau tidak marah kepadaku."

Najwa mengenangkan, rahmat Allah sudah semestinya tersangat besar.

Allah, Dialah Tuhan yang telah menyelamatkan Najwa daripada lemas di dalam paya busuk jahiliyah. Allah, Dialah Tuhan yang telah melahirkan perasaan malu dalam dirinya, lalu perasaan malu itu menyelamatkan Najwa dari ikhtilat (percampuran bebas lelaki dan perempuan), lalu dengan perasaan malu itu, pakaiannya semakin sopan menepati ciri-ciri muslimah. Allah, Dialah Tuhan yang telah memilihkan teman-teman seperjuangan yang saling memperingatkan kepada kesabaran, keimanan dan mengajak kepada amalan soleh.

Najwa teringat lagi, apabila dia sibuk mengendalikan program-program islami semasa cuti musim bunga. Masya-Allah, Allah telah beri dia keizinan untuk berlari ke sana ke mari, kelam kabut, berpenat-penatan untuk memikul tugasan dakwah. Allah telah beri peluang untuk dia mujahadah. Tapi, dia kelam kabut dalam solatnya kerana ingin mengejar urusan "dakwah"nya. Dia tidak dapat iltizam dengan tilawah Al Qurannya. Dia tidak sempat berhenti seketika untuk muhasabah amalan-amalannya. Tiba-tiba Najwa tersentak lagi...

"Mengapakah kamu suruh orang lain mengerjakan amal kebaikan, sedang kamu melupakan diri sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab? Maka tidakkah kamu berfikir?"

Najwa teringat Surah Al Baqarah ayat 44, ya benar...Dia telah melupakan dirinya sendiri. "Ya Allah, benar-benar kali ini.. aku mengharapkan Mu jangan tinggalkan aku bersendirian bersama urusan-urusanku... walau pada kadar sekelip mata." Najwa berharap.

Sesungguhnya manusia itu pelupa sifatnya. Manusia zalim terhadap dirinya. Hanya atas rahmat Tuhan Yang Maha Penyayang yang mampu menghindarkan manusia daripada menzalimi diri mereka sendiri.

Manusia jua mudah terasa dirinya serba cukup. Mudah sahaja terasa bahawa dia tidak perlukan sesiapa untuk membantu urusannya. Kerana dia mempunyai kepandaian, kekuatan fizikal dan kelebihan untuk mengendalikan urusan hariannya. Tetapi, manusia lupa...Di belakang sesuatu urusan, Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui sedang memerhatikan apa yang manusia perlakukan. Malah, Dia mengetahui apa yang berada di benak fikiran dan lubuk jiwa insan.

Najwa terkedu.

"Hah! Termenung apa tu!" Najwa disentakkan oleh temannya, Hayati.

"Awak ni, terkejut saya tau!" Najwa mencebik.

"Alah... maaflah... Assalamualaikum" Hayati tersengih sambil beri salam. "Walaikumsalam" jawab Najwa

"Awak dah sampai ke negeri China ke tadi Najwa? Maaflah ganggu kembara angan-angan awak."

Hayati memang terkenal dengan sifat suka menyakat. Walaupun begitu Hayati memang seorang yang sangat tajam pemerhatiannya.

Najwa sengih sahaja. Najwa bertanya kepada Hayati, "Kaifa imanuki? (Apa khabar iman kamu?)

Hayati senyum, "Alhamdulillah. . Alhamdulillah... I hope to stay in Ramadhan all the time!"

Najwa sambung lagi, "Kongsi la tips. How to benefit this Ramadhan!"

Hayati melarikan anak matanya ke kiri dan ke kanan. "Err...Saya tak pandai la bab-bab kasi tips ni. Tapi, saya nak share something.

Tazkirah yang saya dengar from Sheikh masa solat tarawih kat musolla."

"Surah Al Ma'un ayat 4-5."

"Dalam ayat 4...Allah cela orang yang bersolat. Pelik ye, kenapa pula bila kita bersolat, yakni beribadah tetapi kita masih dicela oleh Tuhan kita. Awak rasa-rasanya kenapa, Najwa?" Hayati buat soalan KBKK pula.

"Alah, mana la saya tau... Awak citer je la" Najwa malas nak fikir.

"Okey lah, kalau kita tengok ayat 5, Allah cakap "iaitu orang-orang yang lalai di sekitar solat mereka"...Kalau tengok perkataan Arab 'an solaatihim, bukannya fi solaatihim. Maksudnya, Allah cela orang-orang yang lalai di sekitar solatnya, iaitu di luar solatnya dia lalai. Bukan referring to orang yang lalai within his/her solat. As if, orang tu dah defeat the purpose of solatnya kerana solatnya masih tidak dapat melindungi dirinya daripada berbuat maksiat apabila dia selesai solatnya. Itu sebab Allah cela."

"Macam kita lah, kalau dok dalam halaqah, kita asyik cerita pasal kena amar ma'ruf nahi mungkar...Tapi kalau di luar halaqah, kita tak buat pun apa yang kita perkatakan tu...What is the purpose of the halaqah to begin with?" Hayati berkata.

Najwa tertunduk. "Jazakillah ukhti..."

Hayati berkata, "Awak ni cam ade problem je......"

Najwa melarikan pandangannya, "Hmm... Biasalah, hati kurang sihat."

Hayati berkata lagi, "Alhamdulillah...Awak masih dapat rasakan sama ada hati awak baik ke tidak. Rasulallah pernah cakap, sapa yang dalam saat imannya rendah, tapi masih berpegang kepad Sunnah baginda, sesungguhnya dia telah mendapat petunjuk."

"Iman kita memang ada up-s and –down-s. Tapi di saat down ni, sebenarnya Allah nak kasi clue kepada kita. Betapa sebenarnya seronok dan indah apabila iman kita baik. Allah nak beritahu kita bila kita tengah down ni, bahawa Allah rindu dengar kita merintih dan mengadu kepadanya.Sepertimana ada satu Hadith Qudsi, Allah berfirman, "Wahai malaikat, turunkanlah musibah ke atas hambaKu, kerana aku rindu mendengar dia merintih kepada-Ku."

You know what, Najwa...Asalnya , kita tak perlu pun mengadu kat Allah dosa-dosa yang kita buat atau kejahilan yang kita buat... Sebab Allah memang dah tau pun. Tapi Allah suruh kita doa dan mengharap kepadaNya, supaya kita lebih akrab kepada Allah" Hayati mengusap-usap kepala Najwa.

Najwa menyeka air mata. Ah! Akhirnya basah juga kelopak matanya!

Benarlah, bertafakur lebih baik daripada solat 1000 rakaat. Kini, Najwa terasa qalbunya lebih ringan. Mudah-mudahan langkahnya selepas ini mengharungi saat-saat terakhir Ramadhan, diterima oleh Allah.

* * *

Semoga bermanfaat..

Daripada Abu Hurairah, daripada Rasulullah Sollallahu alaihi wasallam telah bersabda yang ertinya :

Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu.

-Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

08 August 2010

Cinta Memerlukan Sebab

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami.

Ini dialog mereka;

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang !
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang !
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata;

"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang !"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.S i suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang ! Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu ia boleh dirasai dalam hati."

from: Encik Mata Empat (facebook)

28 July 2010

Erti PERSAHABATAN

Misha singkap kembali tabir ingatannya.

Sharon

Manis nama itu, semanis orangnya. Dialah kawan karib Misha yang selalu diingatannya. Sudah enam tahun mereka mengenali antara satu sama lain. Kegembiraan dan keperitan hidup di alam remaja mereka melalui bersama. Tetapi semua itu hanya tinggal kenangan sahaja. Misha kehilangan seorang sahabat yang tidak ada kalang-gantinya.

Peristiwa itu berlaku dua tahun yang lalu. Sewaktu itu mereka sedang berada di kantin sekolah. Misha sedang marahkan Sharon kerana mengambil pena kesukaannya tanpa izin dan menghilangkannya.

Apabila Misha bertanya, dia hanya berkata yang dia akan menggantikannya. Misha tidak mahu dia menggantikannya. Kerana pena yang hilang tu berlainan dengan pena yang akan diganti oleh Sharon. Pena yang hilang itu adalah hadiah daripada Sharon sewaktu mereka pertama kali menjadi sepasang kawan karib.

"Aku tak mahu kau menggantikannya! Pena yang hilang tu berharga bagiku!" Misha memarahi Sharon. "Selagi kau tak jumpa pena tu, selagi itulah aku tak akan bercakap dengan kau!" Marahnya Misha pada Sharon. Meja kantin tu di hentaknya dengan kuat hingga terkejut Sharon. Misha yang mukanya memang kemerah-merahan, bila marah bertambah merahlah mukanya. Sharon dengan keadaan sedih dan terkejut hanya berdiamkan diri lalu beredar dari situ. Misha tahu Sharon berasa sedih mendengar kata-katanya itu. Misha tidak berniat hendak melukainya tetapi waktu itu dia terlalu marah dan tanpa dia sedari, mutiara jernih membasahi pipinya.

"Sudah beberapa hari Sharon tidak datang ke sekolah. Aku merasa risau. Adakah dia sakit? Apa yang terjadi" Berkata-kata Misha seorang diri. Benak fikirannya diganggu oleh seribu satu pertanyaan "EH! Aku nak pergi ke rumahnyalah" Berbisik Misha di hatinya. Tetapi niatnya berhenti di situ. Dia merasa segan. Tiba-tiba talipon dirumah Misha berbunyi "Ring,riiiiiiiing,riiiiiii
iing,riiiiiiiing" Ibu Misha yang menjawab panggilan itu."Misha, oh, Misha "Teriak ibunya. "Cepat, salin baju. Kita pergi rumah Sharon ada sesuatu berlaku. Kakaknya Sharon talipon suruh kita pergi rumahnya sekarang jugak" Suara ibu Misha tergesa-gesa menyuruh anak daranya cepat bersiap. Tiba-tiba jantung Misha bergerak laju. Tak pernah dia merasa begitu. Dia rasa tak sedap. Ini mesti ada sesuatu buruk yg berlaku. "Ya Allah, kau tenteramkanlah hatiku. Apapun yang berlaku aku tahu ini semua ujianmu. Ku mohon jauhilah segala perkara yang tak baik berlaku. Kau selamatkanlah sahabatku." Berdoa Misha pada Allah sepanjang perjalanannya ke rumah Sharon.

Apabila tiba di sana, rumahnya dipenuhi dengan sanak -saudaranya. Misha terus menuju ke ibu Sharon dan bersalaman dengan ibunya dan bertanya apa sebenarnya yang telah berlaku. Ibunya dengan nada sedih memberitahu Misha yang Sharon dilanggar lori sewaktu menyeberang jalan berdekatan dengan sekolahnya. "Dia memang tidak sihat tapi dia berdegil nak ke sekolah. Katanya nak jumpa engkau. Tapi hajatnya tak sampai. Sampai di saat dia menghembuskan nafasnya, kakaknya yang ada disisinya ternampak sampul surat masa ada dia gengam ditangannya" terisak-isak suara ibu Sharon menceritakan pada Misha sambil menghulurkan surat yang Sharon beriya-iya sangat ingin memberikannya pada sahabatnya.

Didalam sampul surat itu terdapat pena kesukaanku. Disitu juga terdapat nota daripadanya.

MISHA SHARMIN,

AKU MINTA MAAAF KERANA MEMBUAT KAU MARAH KERANA TELAH MENGHILANGKAN PENA KESUKAANMU. SELEPAS ENGKAU MEMARAHI AKU, AKU PULANG DARI SEKOLAH SEWAKTU HUJAN LEBAT KERANA INGIN MENCARI PENAMU. DI RUMAH AKU TAK JUMPA. TAPI AKU TAK PUTUS ASA DAN CUBA MENGINGATINYA DAN AKU TERINGAT, PENA TU ADA DI MEJA SCIENCE LAB . ITUPUN AGAK LAMBAT AKU INGIN KESEKOLAH KERANA BADANKU TAK SIHAT TAPI DENGAN BANTUAN SITI DIA TOLONG CARIKAN. PENA TU SITI JUMPA DIBAWAH MEJAMU. TERIMA KASIH KERANA TELAH MENGHARGAI PEMBERIANKU DAN PERSAHABATAN YANG TERJALIN SELAMA SETAHUN. TERIMA KASIH SEKALI LAGI KERANA SELAMA INI MENGAJARKU TENTENG ERTI PERSAHABATAN.

SHARON OSMAN.


Kolam mata Misha dipenuhi mutiara jernih yang akhirnya jatuh berlinangan dengan derasnya.Kalau boleh ingin dia meraung sekuat hatinya. Ingin dia memeluk tubuh Sharon dan memohon maaf padanya tapi apakan daya semuanya dah terlambat. Mayat Sharon masih di hospital. Tiba-tiba dentuman guruh mengejutkan Misha daripada lamunan.

Barulah dia sedar bahawa dia hanya mengenangkan kisah silam. Persahabatan mereka lebih berharga daripada pena itu. Misha benar-benar menyesal dengan perbuatannya. Dia berjanji tak akan membenarkan peristiwa ini berulang kembali. Semenjak itu Misha rajin bersolat dan selesai solat dia akan membaca al-quran dan berdoa dan bersedekahkan ayat-ayat al quran kepada sahabatnya. Dengan cara ini sahajalah yang dapat Misha balas balik jasanya Sharon dan mengeratkan persahabatanya.

Semoga dengan kalam Allah Sharon akan bahagia di alam barzakh.

Untukmu.. KAWAN

KAWAN..
Bila rasa ingin menangis.. hubungilah aku.. bukan aku nak suruh kau berhenti menangis... tapi mungkin aku boleh menangis dengan kau... tapi tak leh ramai sangat.. nanti habih air mata aku...

Kawan...
Jika terasa tiba2 nak melarikan diri... jauh dari masalah... hubungilah aku... aku takkan suruh kau berhenti.. tapi.. mungkin aku akan berlari bersama kau agar masalah kau boleh selesai... tapi jangan laju sangat, aku lari tak larat.. aku nak kejar.. kaki aku pendek...

Kawan..
Jika kau kecewa keluargamu tak bahagia.. beritahulah aku.. aku takkan buat kau benci kepada ibu bapa kau.. tapi..terimalah segala ketentuan Allah...

Kawan..
Jika kau kecewa dengan hubungan kawan kau tu satu hari nanti... ceritalah pada aku.. aku takkan sebut nama lelaki/wanita itu... tetapi.. cubalah jadi wanita/lelaki yang lebih soleh & solehah...

Tetapi kawan..
Jika suatu hari aku berdiam diri.. aku tidak membalas message kau.. aku tidak angkat panggilan dari kau... hubungilah aku segera... sebab waktu itu aku.. ermmm.. aku amat perlukan kau...



Atau aku sudah tiada lagi di dunia ini..



Aku Lelaki EGO

Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.

Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu,

dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah

. Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…”

Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.

“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,”

tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.

Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.

Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.

Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.

Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.

“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”



Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis,

“Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..”

Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.

Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.

Aku bisikkan ketelinganya,

“Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,”

pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.

“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.

Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.

Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.

Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.

“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.

Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.

“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.

“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.

Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!

Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.

Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain. Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.

Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.

Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.

Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu.

Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.



Note:
Saya ucapkan terima kasih tak terhingga kepada Nor Hafizah Muahmad Hanipiah atas sumbangan yang amat berharga ini.

Kisah Isteri Derhaka

“Akhirnya setelah dua tahun menghilang diri, Normah kembali ke rumahnya. Seperti dahulu, dia masih cantik bergaya. Lenggoknya masih gemalai, pinggang masih ramping, gincu masih merah dan mekap masih tebal. Jika berselisih, aroma pewanginya masih kuat menusuk hidung. Namun bezanya, Normah kelihatan tidak begitu ceria. Zahirnya dia begitu anggun tapi wajahnya terlukis warna yang muram dan lesu. Tutur katanya perlahan dan tidak bermaya seperti orang keresahan.

“Kenapa awak balik? Pergilah ikut jantan. Awak tak ada pun saya boleh jaga anak-anak kita ni!!” jerkah suaminya, Halim sebaik melihat Normah pulang dengan menjinjing sebuah beg besar.

Normah tidak menjawab kerana dia tahu, itu memang salahnya. Dia cuma berdiri di pintu dan menundukkan muka. Halim sebaliknya terus membelasah isterinya itu dengan kata-kata keras. Sudah lama geram itu menggelodak di hati, lalu inilah masa untuk melepaskannya.

Normah masih terpaku di muka pintu. Dikesat air mata yang bergenang. Tiada sepatah perkataan pun di balasnya kata-kata Halim itu kerana hajatnya pulang bukanlah untuk bertengkar. Hasratnya Cuma satu, untuk pulang kepangkuan suami dan anak-anak.

Jika diikutkan hati memang hendak dihalaunya Normah, tapi disebabkan anak-anak, Halim menahan juga kemarahannya. Dibiarkan Normah masuk ke rumah yang telah lebih dua tahun ditinggalkannya itu.

Bagi Halim, kepulangan Normah tidak membawa apa-apa erti lagi dalam hidupnya. Malah ia cuma memulakan semula kekalutan yang sudah dirungkaikannya, mengeruhkan hidup yang mula jernih dan memarakkan semula api yang telah dipadamkan.

Dua tahun dahulu, Normah meninggalkan Halim dan dua anaknya, Iffa, 5, dan aina, 2. Yang ditinggalkan hanyalah sekeping nota menyatakan yang dia ingin hidup bersama kekasihnya.”

Saya rasa kita dah tak ada persefahaman lagi. Saya mahu hidup bahagia dengannya” demikian antara lain nota yang ditinggalkannya untuk Halim.

Kesalnya dia dengan tindakan Normah tidak terkata. Halim akui sejak akhir-akhir ini Normah sudah berubah. Kalau dulu layanannya begitu baik, sekarang mula dingin. Pantang silap sedikit, mulalah naik angin. Kata-katanya pula, selalu saja diiringi sindiran. Sudahlah begitu, sering pula Normah meminta barang-barang mewah di luar kemampuan Halim. Itulah yang menghairankan Halim.

Lama-kelamaan, Halim terhidu pula berita Normah menjalin hubungan sulit dengan lelaki berada. Dia ada bertanya tentang hal itu, namun Normah lantas menafikannya. Walaupun Halim menekannya dengan cerita dan bukti-bukti, tapi Normah tetap tidak menidakkannya. Malah dituduh pula suaminya cemburu buta. Nah, sekarang terbukti sudah kebimbangannya itu. Tapi apa yang boleh dilakukan, nasi sudah menjadi bubur.

Sejak Normah meninggalkannya, hidup Halim tidak terurus. Terpaksalah dia membesarkan anaknya itu sendirian. Dialah ibu dialah bapa. Dengan gajinya sebagai penyelia kilang yang tidak seberapa dan menyewa pula di sebuah rumah di pinggir Kuala Lumpur, tentulah sukar untuk dia menguruskan hidup.

Kalau kanak-kanak lain selalu bertukar pakaian, anak-anaknya dengan baju dua tiga pasang itulah. Makan yang mewah jauh sekali, kecuali apabila dia mendapat gaji. Rutin hidupnya, awal pagi menghantar anak-anaknya ke rumah ibunya dan malam menjemput mereka pulang Dialah yang memasak dan mengemas rumah. Kadangkala adik perempuannya turut membantu menguruskan keluarganya.

Memang hidupnya sukar, tapi Halim belum tergerak untuk berkahwin lagi. Baginya, biar susah macam mana pun, semua halangan itu akan dirempuhinya. Tambahan pula Normah masih tidak diceraikan.

Halim juga mahu membuktikan kepada Normah bahawa tanpa wnita itu, dia boleh menguruskan keluarga. Dan juga, kalau kemewahan yang menyebabkan Normah meninggalkannya, Halim ingin buktikan bahawa tanpa wang yang banyak sekalipun dia boleh hidup bahagia.

Ternyata tanpa Normah, Halim mampu membesarkan anak-anaknya seperti ibu bapa lain. Iffa dan Aina juga kian lama kian melupakan ibu mereka. Malah melihat gambar pun mereka benci. Bukan Halim yang menghasut tapi kerana Normah sendiri yang bengis terhadap anak-anak.

pregnant-pose.jpgKerana itulah, kepulangan Normah membangkitkan semula kemarahan Halim. Tambahan pula Halim mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan perut Normah. Ia membuncit seperti sedang hamil. Bagaimanapun dia tidak mahu bertanya kepada wanita itu.

“Tempat awk di sana!” kata Halim menunjukkan Normah ke arah sebuah bilik kecil. Di dalamnya ada sebuah tilam bujang yang kusam. Bertompok sana, bertompok sini. “Nak alas, cari sendiri,” kata Halim, lalu menyindir “itupun kalau awak ingat kat mana nak cari….” Normah ditinggalkan sendirian.

Malam itu, Normah tidur seorang diri dalam bilik sempit dan penuh barang-barang. Sementara Halim tidur bersama dua anaknya di bilik lain. Bila anak-anaknya pulang, Normah cuba membelai mereka tapi Iffa dan Aina segera menjauhkan diri. Dipujuk dengan bermacam-macam cara pun tidak berkesan. Terpaksalah Normah membawa diri ke dalam bilik dan menangis teresak-esak.

Begitulah keadaan mereka setiap hari. Normah menjadi orang asing di dalam rumahnya sendiri sementara Halim meneruskan hidup seperti biasa. Mereka tidur berasingan dan setiap pagi, anak-anak dihantar ke rumah ibunya tidak jauh dari situ.

Ternyata telahan Halim tepat. Dari sehari ke sehari dilihatnya perut Normah semakin membusung. Lain macam bulatnya. Setelah didesak dan dijerkah berkali-kali, Normah terpaksa mengaku dirinya berbadan dua.

“Aku dah agak. Patutlah awak balik…nak suruh aku jadi bapak pada budak tu, kan? Nak jadikan aku pak sanggup?” Halim melepaskan paku buah keras. “Bukan macam tu bang, saya…” tapi belum pun sempat Normah menghabiskan cakap, Halim memintas ” Saya apa?! Saya tak buat benda tak senonoh tu? Budak tu anak aku? Tolong sikit….bila masa aku sentuh badan kamu tu? Hah?”

Bagi menutup malu, Normah memakan makanan yang tajam, pedas dan berasid untuk menggugurkan kandungannya, tetapi gagal. Perutnya terus-menerus membesar. Gagal cara itu, dia pergi ke klinik swasta pula. Bagaimanapun doctor tidak mengizinkan kerana risikonya terlalu tinggi. Kata doktor, kandungannya sudah besar dan jika digugurkan, ia boleh mengundang maut.

Semakin hari jiwa Normah semakin tertekan. Perut kian memboyot sedangkan anak dan suami pula tidak menghiraukan kehadirannya. Dia menjadi melukut di tepi gantang dalam rumah sendiri. Suami menjauhkan diri bila hendak mengadun dan anak pula tidak menganggapnya ibu untuk mereka bermanja.

Tidak ada jalan lain, Normah meminta Halim menghantarkan dia ke rumah ibunya. Tentu saja Halim tidak membangkang. Memang itu yang dia mahukan. Namun sambutan ibu bapanya juga mengecewakan.

“Dua tahun kamu tinggalkan suami dan anak, tiba-tiba baru dua bulan balik perut kamu dah besar macam ni. Huh…memang patut pun Halim buat macam ni. Kamu derhaka pada dia!” kata bapa Normah, Haji Shafie bila mendapati anaknya itu hamil.

Dari sehari ke sehari tekanan perasaannya tambah menebal. Ia kian merundung bila tumbuh pula cacar di badannya. Dari kecil ia membesar, dan dari sebiji-sebiji ia merata memenuhi badan. Di dalam cacar itu, menguning nanah busuk dan jelik baunya. Pada waktu yang sama, Normah mengidap darah tinggi pula.

Tekanan perasaan yang melampau itu menyebabkan Normah dibawa oleh ibu bapanya berjumpa dengan pakar jiwa. Bermacam-macam ubat dan rawatan diberikan tapi ternyata begitu sukar untuk dia dipulihkan. Disebabkan badannya terlalu lemah, doktor mencadangkan supaya Normah bersalin melalui cara pembedahan apabila usia kandungannya mencecah tujuh bulan lebih sedikit.

Pada waktu yang ditetapkan, Normah dimasukkan ke wad. Seminggu sebelum dibedah, dia mula meracau-racau dan meraung. Bermacam-macam dijeritkannya tanpa hujung pangkal. Dimaki hamunnya emak dan ayah serta jururawat yang datang. Kemudian Normah menangis pula hendak balik dan melihat anak-anak.

Dalam keadaan yang kritikal itulah ayahnya, Pak Cik Shafie menelefon saya dan menceritakan keadaan anaknya itu secara ringkas. ” Pak cik tak mahu nak salahkan sesiapa. Dua-dua ada buat silap. Tapi sekarang ni pak cik minta ustaz usahakanlah ubat anak pak cik tu,” katanya. Daripada suaranya itu saya tahu dia sedang menahan sebak.

“Saya di Sarawak sekarang ni pak cik. Dua hari lagi saya balik. Tapi buat sementara ni, usahakan baca Yasin dulu. Bila saya balik nanti, saya terus ke sana,” jawab saya. Sekembalinya ke Semenanjung saya terus menziarahi Normah. Keadaannya sama seperti yang diceritakan oleh bapanya.Mengerang kesakitan, meracau, meronta-ronta, dan bercakap tidak keruan. Keadannya ketika itu memang menyedihkan kerana dalam keadaan perut memboyot di meraung seperti hilang akal.

Namun timbul pertanyaan di fikiran saya selepas dibacakan Yasin, keadaan Normah bertambah buruk. Keadaanya ibarat mencurah minyak ke api, makin disiram makin besar maraknya. Ibu bapa dan adik beradik Normah menangis milihat keadaan dirinya.

“Pak cik mana suami dengan anak-anaknya?” saya bertanya bila melihat suami dan anak-anak Normah tidak menziarahinya. ” Itulah yang saya nak cakap pada ustaz. Saya dah pujuk, rayu dia datanglah tengok anak saya ni. Kata saya, walau besar mana pun dosa anak saya, kalau dia menderhaka sekalipun, tapi dalam keadaan macam ni bukankah elok kalau dia di ampunkan? Tapi dia tak mau. Jengah pun tidak,” kata Haji Shafie kesal.

“Dia marah lagi agaknya,” saya menyambung.

“Saya tau… kalau jadi pada kita pun kita marah. Saya bukanlah nak salahkan dia, tapi yang sudak tu sudahlah. Anak saya pun bersalah, saya mengaku,” tambah Haji Shafie.

“Kalau macam tu,” tambah saya,” bawa saya jumpa menantu pak cik tu. Insya-Allah kita sama-sama pujuk dia.”

Seperti yang dipersetujui, beberapa hari kemudian saya dibawa oleh Haji Shafie berjumpa dengan menantunya itu.

“Yang sudah tu sudahlah Lim, ampunkanlah dia. Normah tengah tenat tu,” Haji Shafie merayu.
” Dua tahun dia tinggalkan kami anak beranak. Balik-balik, mengandung…suami mana yang tak marah, ayah ? Mana saya nak letak muka saya ni ? Dayus, pucuk layu , tak ada punai, tak tau jaga bini, macam-macam lagi orang hina saya…’ tambah Halim melepaskan segala yang terbuku di hati. Bermacam-macam lagi di rungutkan hingga tidak sanggup kami mendengarnya.

” Ayah faham perasaan kau. Ayah tau Normah yang salah, derhaka pada kau , tapi dia tengah tenat sekarang ni,” Haji Shafie merayu lagi , Halim tidak menjawab sepatah pun Nafasnya saja yang turun naik manakala muka merah padam menahan marah.

Bila keberangan nya semakin reda saya menasihatkan Halim supaya melupakan perkara yang telah berlalu itu. “Mengampunkan orang lain lebih baik daripada membalas dendam . Isteri awak menderita sekarang ini pun sebab dia sudah sedar dengan kesalahan dia, jadi eloklah awak maafkan,” kata saya.

Lalu saya ..hadis dan firman Allah berkaitan …Ternyata Halim sudah berpatah arang berkerat rotan . ” Saya tak akan jenguk dan saya tak akan ampunkan dia. Isteri durhaka ! ” katanya.

Sampailah hari Normah di bedah , Halim langsung tidak menjengukkan mukanya. Iffa dan Aina juga di larang daripada menjengah ibu mereka. Bagaimanapun , di sebabkan keadaan Normah yang tenat, makan minum tidak menentu , bayi yang di lahirkannya meninggal dunia beberapa hari kemudian. Normah pula sejak sedar daripada pembedahan semakin teruk jadinya.

Setiap hari, terutamanya tengah malam dan senja dia akan meracau. Yang mengaibkan , racauannya kini mendedahkan segala pelakuan jelik yang di lakukannya selama meninggalkan Halim dan anak-anak. Antaranya, Normah menceritakan yang dia telah mengikut lelaki hingga ke Siam dan kemudian hidup seperti suami isteri. Selepas berpisah dengan lelaki itu, dia bersekedudukan pula dengan lelaki lain. Tidak kurang dengan tiga lelaki telah dia berzina.

“Abang..ampunkanlah saya. Saya derhaka, saya jahat, saya malukan abang…maafkanlah saya…”dia terus menangis dan meratap.

Setiap hari bermacam-macam rahsia di dedahkannya; tentang tempat-tempat maksiat yang pernah dia pergi bersama teman lelaki, kawan-kawan lain yang sama saja perangai dengannya juga kekecewaannya bila dipermainkan lelaki-lelaki terbabit.

“Abang, Iffa, Aina…marilah tengok emak . Emak tak jahat lagi,. Emak nak jadi baik. Emak nak jadi lawa, pandai, suka masak, kita pergi sungai…” ratapnya lagi bercampur dengan kata-kata yang melalut.

Tidak dapat hendak di gambarkan bagaimana malunya Haji Shafie dan isterinya setiap kali Normah menelanjangkan keburukannya sendiri. Berbagai-bagai cara mereka lakukan supaya Normah berhenti meracau seperti menutup mulut, memujuknya diam dan kadangkala turut sama bercakap supaya orang-orang di sekeliling tidak mendengar , tetapi usaha itu tidak berhasil.

Setelah hampir sebulan Normah mendedahkan kecurangannya, keadaan wanita itu bertambah parah. Tekanan darahnya menurun dan kerap tidak sedarkan diri. Badannya yang kurus makin melidi kerana Normah tidak mahu menjamah makanan. Yang di lakukan sepanjang hari hanyalah menangis dan meminta ampun kepada Halim. Setelah itu dia kembali terkulai tidak sedarkan diri.

Haji Shafie sekali lagi menemui saya. “Ustaz pujuklah menantu saya tu. Mintalah dia datang jenguk Normah dan ampunkan lah kesalahan dia. Memang anak saya bersalah , tapi dalam keadaan sekarang, Cuma keampunan suami saja yang boleh selamatkan dia,” kata Haji Shafie. Isterinya sejak tadi saya tengok tiada berhenti-henti mengesat air mata .

” Kalau begitu, mari kita pergi jumpa Halim,” kata saya.

Puas kami memujuknya . Alhamdulillah, setelah berbagai-bagai alasan di beri, akhirnya Halim bersetuju. Bagaimanapun saya lihat dia seperti terpaksa saja. Langkahnya berat dan nampak kurang ikhlas.

” Sudahlah Lim, lupakan yang lepas-lepas. Buangkan dendam, gantikan dengan kemaafan. Insya-Allah, semua pihak akan dapat keberkatanNya,” kata saya semasa Halim hendak memasuki kereta. Dia cuma tersenyum tawar.

Demi terpandang saja Halim datang menjenguk, Normah dengan suara yang amat lemah memohon maaf kepada suaminya itu.

“Sa..sa..ya der…haa..ka pada abaaaang..” katanya antara dengar dengan tidak. Sambil air mata jatuh berlinangan , dia mengangkat tangannya untuk meminta maaf, tapi terlalu sukar. Ibunya cepat-cepat membantu.

“Yalah…”jawab Halim perlahan lantas menyambut tangan Normah. Reaksinya masih tawar. Dia belum benar-benar ikhlas.

Petang itu kami bersama-sama membacakan surah Yasin dan ayat-ayat suci al-Quran untuk Normah yang kelihatan semakin teruk. Bagaimana pun bila Normah meminta ampun sekali lagi, saya lihat Halim semakin ikhlas menyambutnya. Saya tersenyum. Mungkin hatinya sudah sejuk melihat penderitaan Normah.

Lebih kurang pukul 5.00 petang saya meminta diri kerana ada urusan penting. Sebelum pulang saya berpesan; ” Lim, sekarang ni awak saja yang boleh selamatkan Normah. Dia harapkan sangat keampunan daripada awak. Selepas itu, serahkan kepada Allah. Kalau sembuh, alhamdulillah, kalau tidak biarlah dia pergi dengan aman “.

” Terima kasih ustaz,” balas Halim.

Seminggu kemudian Halim datang ke rumah saya dan memaklumkan bahawa Normah telah meninggal dunia. Bagaimanapun, dia membawa juga kisah yang menginsafkan mengenai pemergian Normah.

“Ustaz,” Halim memulakan ceritanya, “Malam tu Cuma tinggal saya dan anak-anak saja duduk di tepi Normah. Ibu dan bapa dia ke kantin untuk makan. Bila saya bacakan Yasin , saya tengok air mata arwah mengalir setitik demi setitik. Saya tau dia benar-benar insaf dengan kesalahannya dulu, curang pada saya, derhaka pada suami, tinggalkan anak-anak.”

“Sampai di ayat salamun qaulam mirrabir rahim, saya ulang tiga kali. Setelah habis, saya usap dahi arwah Saya lakukannya dengan ikhlas sebabtidak sampai hati tengok hati dia menderita.”

” Setelah menciumnya tiga kali tiba-tiba dia nazak. Nafasnya di tarik dalam-dalam tapi nampak susah sangat. Sekejap kemudian nafasnya laju, tapi lepas itu lambat betul. Saya cemas. Dah dekat ke?”

“Tiba-tiba Aina menangis Entah apa yang di gaduhkan dengan kakaknya saya pun tak tau . Kuat betul dia menangis sampai saya tak sanggup nak dengar. Berbelah bagi juga sama ada antara anak dan isteri yang tengah sakit, tapi bila fikirkan tangisan budak itu mengganggu pesakit lain, saya terus ambil Aina dan pujuk dia. Susah pula nak pujuk dia hari tu sampai terpaksa dukung dan bawa ke luar wad.”

“Namun bila kembali ke wad, saya dapati Normah dah tidak bernafas lagi.”

“Luka memang berdarah lagi, ustaz, tapi bila dia meninggal tanpa ada sesiapapun di sebelahnya, menitis juga air mata saya. Yalah, kalau orang lain pergi dengan baik, ada orang tolong bisikan syahadah, bacakan Yasin, dia pula pergi macam tu. Agaknya itulah 'balasan untuk isteri yang derhaka’.”



SEMOGA MENJADI IKTIBAR DAN PENGAJARAN BUAT KITA SEMUA. AMIN!

Seutas Gelang Zamrud

*Sapura menyanyi kecil sambil menumis lauk di depannya. Hari ni dia akan masak kari kapitan kepala ikan merah kesukaan suaminya.. Setelah dua minggu berada di Penang menguruskan perniagaannya yang dikongsi bersama tiga orang rakannya.. malam ini Fadley suaminya yang tercinta akan pulang.*

*Sengaja Sapura mengambil cuti kerja setengah hari... hari ini anak anaknya Sukinah dan Rosli siang-siang sudah dijemput dari rumah ibunya. Dia mahu buat persiapan yang sebaik mungkin untuk Fadley.. lelaki yang sudah menjadi suaminya hampir tujuh tahun itu... malah tiga hari lagi genaplah tujuh tahun usia perkahwinan mereka.*

*Alhamdullilah. . walaupun perkahwinannya dengan Fadley mendapat tentangan hebat dari ayahnya pada mulanya.. ternyata Sapura tidak salah pilih. Ini semua berpunca dari sikap angkuh ayahnya yang sukar menerima hakikat bahawa Sapura anaknya yang berkelulusan universiti.. jatuh hati dengan Fadley yang pada ketika itu hanya seorang kerani biasa berkelulusan sekolah menengah. Sapura faham.. bukan ayahnya sengaja mahu menentang. Orang tua itu bimbang Fadley tidak akan dapat membahagiakan Sapura anaknya yang cuma seorang itu.. dengan gaji Fadley sebagai kerani. Tetapi Sapura sudah nekad. Dia tahu Fadley bukan pemuda sebarangan. Dia punya cita cita dan matlamat hidup yang tinggi.*

*Buktinya Fadley sanggup menghadiri kelas malam untuk mengambil Diploma. Dan yang paling penting..Fadley menyintainya sepenuh hati. Perlahan Sapura mula memujuk ayahnya. Ternyata ayahnya mengalah juga akhirnya. Dan dengan restu orang tuanya, Sapura diijab kabulkan dengan Fadley dalam majlis yang penuh ceria.*

*"Assalamualaikum. ....." kedengaran suara memberi salam. Sapura tersentak.*

*"Abang! Walaikumsalam. .." senyumnya melebar melihat Fadley dibelakangnya. Tangan suaminya dicium dengan penuh kasih sayang. Sebuah ciuman singgah di dahi Sapura. "Terperanjat Pura!Bila abang masuk? Pura tak dengar bunyi pintu dibuka pun?". "Saje aje. Nak suprisekan Pura!" Fadley membelai lembut rambut isterinya. Bau wangi singgah dihidung Sapura. Rasanya baunya lain benar dengan minyak wangi yang selalu di pakai Fadley. Mungkin Fadley beli "perfume" yang baru dari Penang, fikir Sapura.*

*"Eh! kata abang berangkat pagi ni.. takkan baru pukul tiga abang dah sampai JB? Abang naik apa?" "By air..." ringkas jawapan Fadley. "Habis kereta abang?". "Pada Mat Noor..." jawab Fadley. "Oh patutlah.." Sapura hanya menganggukkan kepala.*

*Dia kenal benar pada Mat Noor.. salah seorang rakan kongsi suaminya. Masa bertolak kelmarin pun.. Mat Noor menumpang kereta Fadley. Sementara Jeffri rakan kongsi suaminya yang satu lagi itu.. menumpangkan Awang Sabaruddin rakan kongsi mereka yang ke empat. "Hah! Jeffri tak ikut abang balik ke?. Selalunya kalau balik outstation, dia balik sini. Cari makan dulu...." tanya Sapura.*

*Dia sememangnya sudah masak dengan perangai Jeffri, rakan baik suaminya itu yang masih membujang. "Nanti dia datang...... ." ujar Fadley. "Mana budak budak Pura...?" tanya Fadley. " Ada dalam bilik.. tidur kepenatanlah tu... main basikal satu hari." "Basikal?" tanya Fadley.*

*"Hah ah.. ayah belikan mereka basikal baru. Tu yang sibuk main tu.." jawab Sapura sambil meletakkan milo ais kegemaran Fadley di depannya. "Abang laparlah..belum makan. Pura masak apa?". "Ah.... Pura masak lauk favourite abanglah..." senyuman Sapura melerek. "Kari kapitan?" teka Fadley. " Apa lagi...." "Bagus jugak tu... Pura siapkan makan. Abang nak tengok budak-budak tu sekejap. Rindu benar abang dengan dia orang....".

"Habis dengan lamanya tak rindu ke?" usik Sapura. "Tersangatlah rindu....." jawab Fadley lalu mengucup dahi isterinya lagi. Sapura tersenyum melihat Fadley berlalu. Kasih sayang yang sememangnya sudah berbunga di hatinya semakin mekar. Beruntung rasanya bersuamikan Fadley yang penyayang.*

*Fadley terlebih bersyukur mempunyai isteri yang bukan sahaja cantik tetapi pandai menjaga harga diri sebagai seorang isteri. Apatah lagi disaat ini mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang cerdik dan comel. Fadley merenung kedua dua anaknya yang sedang nyenyak tidur. Dikucupnya pipi
mereka bergantiannya. Airmatanya tiba tiba mengalir. Apalah yang akan jadi pada mereka sekiranya sesuatu terjadi kepadanya?. Itulah yang selalu Fadley fikirkan. Dia tahu.. Sapura seorang wanita yang cekal hatinya. Apa pun rintangan pasti Sapura dapat mengatasinya. Namun nalurinya sebagai seorang suami dan ayah yang bertanggung jawab menjuruskan fikirannya ke arah persoalan yang sedemikian. Sapura masuk ke bilik anak anaknya perlahan lahan. Sempat dia melihat Fadley menyeka airmata. Sapura hairan. Tidak pernah selama ini dia melihat Fadley menangis selain selepas waktu mereka sudah
siap diijab kabulkan dulu. Itupun kerana kesyukurannya yang tidak terhingga kerana berjaya juga menikahi Sapura walaupun mendapat tentangan hebat dari ayah Sapura. "Bang.... kenapa ni...?" Fadley mengangkat muka memandang Sapura.*

*"Pura.. kalau apa apa jadi pada abang.. Pura jagalah anak-anak kita baik-baik. Pastikanlah mereka mendapat ajaran agama yang secukupnya.. ." ujar Fadley lembut. "Eh....apa abang merepek ni.. sudah.. mari kita makan. Pura dah siapkan tue". Pura janji dengan abang dulu...." rayu Fadley. Sapura merenung wajah suaminya. Apa pula yang tidak kena dengan Fadley hari ini. Tidak pernah seingatnya Fadley berperangai pelik seperti ini. "Yalah...Pura janji. akhirnya Sapura bersuara tidak mahu memanjangkan teka teki ini lagi.

"Pura...abang ada belikan Pura sesuatu...." ujar Fadley sambil menyeluk pokek seluarnya.*

*"Eh......gelang zamrud...." senyum Sapura tatkala melihat seutas gelang tangan zamrud yang berkilauan. "Pura ingat tak gelang nie?". Gembira benar hati Fadley melihat keriangan di wajah Sapura.

"Ingat??!!!"

Sapura mengerutkan dahinya sebentar kemudian dia mengeleng. Memang dia tidak ingat langsung pada gelang itu. "Masa kita pergi honeymoon di Penang dulu. Dekat kedai mas di Komtar? Pura suka sangat tengok gelang tu. Masa tu.. abang tak ada duit nak belikan Pura. Tapi abang janji pada diri abang.. satu hari abang akan belikan juga gelang tu untuk Pura. Kebetulan kelmarin, masa jalan dengan Jatt.. abang terpandang gelang tu. Tulah yang abang beli....". Terpegun Sapura mendengar cerita Fadley Sungguh tidak disangka setelah sekian lama.. Fadley masih ingatkan gelang zamrud itu sedangkan dia sendiri tidak pernah mengingati gelang itu apatah lagi berangan untuk memilikinya. Kasih sayang Fadley selama ini sudah cukup buatnya. "Terima kasih bang...." Sapura memeluk suaminya.*

*"Happy seventh anniversary sayang....I love you...". bisik Fadley ke telinga Sapura. "I love you too.." balas Sapura. Air jernih mula tergenang di anak matanya. Dalam kesyahduan itu, kedengaran bell pintu dipicit orang. "Jeffri agaknya tu...." bisik Fadley. "Tak pa. Biar Pura yang buka pintu...." Sapura bangun melepaskan pelukannya. "Pura...."Fadley menyambar tangan Sapura. "I love you... very very much....." Fadley mengucup tangan Sapura.. penuh kasih. "Me too.." jawab Sapura pendek.*

*Gelang zamrud dimasukkan ke poket bajunya. Sebaik saja pintu terbuka.. terpacullah wajah Jeffri dengan rambut yang kusut masai. "Hai..Jeffri. Apa kena dengan kamu? Selalunya "smart" memanjang. Hari ni lain macam aje?" usik Sapura. Jeffri hanya terseyum tawar. Dia masuk tanpa dijemput dan melabuhkan punggungnya di sofa. "Puraa...can you please sit down..", pinta Jeffri. Sapura mengerut dahi. Apa kena dengan si Jeffri ni agaknya? detik hatinya.. "Please...I have something very important to tell you..." pinta Jeffri lagi. Sapura semakin hairan. Tetapi dia duduk juga seperti mana yang dipinta. Jeffri tertunduk.*

*Tidak tahu begaimana untuk memulakan perbualannya. "Pura...apa pun yang Jeffri nak sampaikan ni.. Jeffri nak Pura sabar dan bertawakal. Terimalah dengan hati yang tenang..." perlahan ayat yang keluar dari mulut Jeffri. "Apa yang you merepek ni Jeffri?". Teka teki terus bermain di benak Sapura. "Pura....... Fadley... ...Fadley kemalangan. Dia tak dapat di selamatkan Pura..." tersekat sekat kekata itu keluar dari mulut Jeffri. Sapura tertawa kecil. Sandiwara apa pulak yang Jeffri lakonkan nie..mengarut betul? Fadley kan ada di rumahnya tika dan saat ini. "Apa ni Jeffri...kalau nak bergurau pun biarlah bertempat... " balas Sapura. "I'm serious Pura.....Jeffri yang saksikan sendiri.. "Sapura terpegun. Mana mungkin Jeffri berkata benar sedangkan suaminya yang tercinta berada di rumahnya. Di bilik anak-anaknya, gurauan apakah ini..gumamnya sendiri... "Jeffri..... apa yang Jeffri repekkan ni...Fadley kan dah balik.*

*Dia ada dekat bilik anak I.. I baru berbual dengan dia" ...."Apa? Fadley dah balik?" terbeliak mata Jeffri. Sungguh dia tidak berbohong. Dia sendiri yang memangku kepala Fadley di saat kawan baiknya itu menghembuskannya nafas yang terakhir. Malah dia sendiri melihat bagaimana Fadley dirempuh lori tanah ketika melintas jalan menuju ke keretanya di perhentian Bukit Merah tadi. Dan setelah jenazah Fadley dibawa ke hospital dengan diikuti Mat Noor dan Awang Sabaruddin, dia terus memecut menuju keJohor Baru untuk ke rumah Fadley. Dia mahu menyampaikan berita buruk ini pada Sapura sendiri. Dia tahu betapa wanita ini menyintai suaminya. Tadipun sebelum masuk ke rumah ini dia telah menelefon Mat Noor untuk memastikan segala urusan membawa jenazah Fadley pulang berjalan dengan lancar. Mana mungkin Fadley pulang ke rumah?*

*"Jeffri...you dengar tak apa Pura cakap? Fadley dah balik..." Sapura mengejutkan Jeffri dari lamunannya. "Pura....Jeffri tak tahu apa nak kata apa. Tapi percayalah, Jeffri sendiri yang melihat kejadian itu. Fadley meninggal di pangkuan Jeffri... "Bohong...Fadley dah balik...Nanti biar Pura panggil
dia...." Sapura semakin binggung. Apa tujuan Jeffri ..bercerita yang bukan-bukan padanya?. Pantas dia menjenguk ke bilik anak anaknya. Fadley tiada di situ. Ah! Tentu Fadley di bilik mereka. Dia menjenguk ke situ juga sambil memanggil nama Fadley. Tiada respon, Dia berlari ke dapur pula. Mana tahu Fadley mungkin ke sana . Tiada juga.*

*Akhirnya setelah penat mencari.. Sapura terduduk di ruang makan. Disamping makanan yang belum terjamah. Mulutnya di tangkup dengan tangan kanannya. Apakah benar yang Jeffri sampaikan? Mimpikah dia? Jeffri hanya memerhati gerak geri Sapura. Pilu hatinya melihat Sapura berlari ke sana sini mencari Fadley yang dikatakan sudah pulang. "Pura...arwahnya mengamanatkan sesuatu..." Jeffri
menghulurkan kotak berwarna merah. Sapura hanya mampu memandang tanpa suara. Dia masih binggung. Namun kotak yang Jatt hulurkan disambut juga.*

*Perlahan lahan dia membuka kotak itu. Didalamnya terdapat sepasang subang zamrud. Terlopong mulut Sapura. "Rasanya ada barang yang hilang dari kotak tu. Kelmarin masa arwah beli,Jeffri pasti benar ada seutas gelang zamrud bersama subang tu...tapi puas Jatt cari.. tak jumpa juga" sayu je suara yang keluar dari mulut Jeffri. Sapura memandang Jeffri. Terkedu. Air jernih sudah deras dipipinya. Baru dia teringat akan gelang zamrud pemberian Fadley.

Dikeluarkan gelang itu dari poket bajunya. "Ini ke Jatt?" tanyanya perlahan. Jatt tersentak. Benar! Itulah yang dilihatnya semasa Fadley membelinya malam kelmarin. Saat itu tidak putus putus Fadley kenyatakan kegembiraannya dapat membelikan gelang itu untuk Sapura. Tapi macam mana pula benda itu boleh berada pada tangan Sapura?.*

*Apakah benar keterangan Sapura bahawa Fadley sendiri yang pulang menghadiahkan gelang itu kepada Sapura? Kalau benar.. bagaimana? Yang nyata di bumi Allah ini tiada yang mustahil dengan izinNya. Sapura hanya mampu menangis. Dia memandang kari kapitan yang belum tersentuh dan milo ais yang belum terjamah. Hidangan yang sepatutnya menyambut kepulangan suaminya, terbiar begitu sahaja. Rasanya saat ini seleranya juga sudah tertutup habis. Kalau benar Fadley sudah tiada... sebagaiman a kata Jatt.. siapa pula yang datang menghadiahkan gelang zamrud ini padanya?*


*Sungguh sukar untuk Sapura menerima kenyataan ini. Dan ketika ruang rumahnya di penuhi dengan bacaan surah Yassin.. Sapura masih mengharap akan kepulangan Fadley.. sambil memeluk kedua anaknya yang masih terlalu kecil untuk memahami segalanya. Hanya apabila jenazah Fadley tiba di rumah.. barulah Sapura yakin bahawa suaminya sudah pergi untuk selamanya. Yang tinggal kini hanya seutas gelang zamrud yang menjadi saksi segalanya*

* *